Warranty

Warranty .

  • Setiap pembelian yang dilakukan selalunya disertakan dengan warranty .
  • Warranty ini selalunya sah .
  • Jangkamasa untuk ‘Warranty  Claim’ merujuk kepada proses dimana pembeli menggunakan hak yang terdapat didalam warranty .
  • Beberapa dokumen perlu disertakan apabila membuat ‘Warranty Claim’:
    • bukti pembelian .(resit)
    • barang belian yang lengkap .(borang, resit)
    • warranty form .(surat)
    • Warranty bergantung kepada keadaan barangan .Jika barangan telah dibuka dan diservis sendiri, pengguna tersebut tidak dapat membuat warranty claim .Termasuk juga jika barangan rosak yang disebabkan oleh kecuaian pengguna sendiri .

PENGENALAN WARRANTY …

  1. Warranty atau dikenali sebagai jaminan .
  2. Pengeluar atau syarikat berjanji untuk memperbaiki atau mengganti sesuatu keluaran dalam tempoh yang ditetapkan sekiranya berlaku kerosakan .
  3. Jaminan yang dikeluarkan kepada pengguna dalam bentuk pembelian barangan .
  4. Warranty tidak dipatuhi apabila dibuat secara lisan kerana ianya dianggap tidak sah dan sukar untuk dibuktikan .
  5. Pengguna perlu memastikan penjual yang menandatangani jaminan tersebut serta mempunyai kuasa dan layak berbuat demikian supaya warranty itu sah dan pengguna mendapat sebarang pampasan .
  6. Syarat yang dikenakan oleh pengeluar perlu diketahui supaya kita hanya akan meminta jaminan apabila komponen tersebut rosak adalah disebabkan oleh kecuaian pengeluar yangmengeluarkan komponen tersebut dan bukan atas kesilapan pengguna .
  7. Antara kerosakan yang tidak dibolehkan meminta tuntutan jaminan adalah seperti berikut :-
  • disambar petir .
  • terkena air .
  • pelekat warranty ditanggalkan .
  • barangan jatuh atau pecah .
  • terkena api .
  • kerosakan dari bencana alam .
  • ubah komponen asal barangan .

TUJUAN PENGGUNAAN WARRANTY …

  1. Supaya pengguna tidak ditipu apabila membeli suatu barangan .
  2. Supaya barangan yang dijual sah .
  3. Memudahkan pengguna menukar barangan yang dibeli apabila didapati rosak atau cacat .
  4. Supaya pelanggan memberi kepercayaan dalam barangan yang dikeluarkan .
  5. Supaya hak sebagai pengguna tidak diabaikan .

SEBAB-SEBAB WARRANTY TIDAK DIKELUARKAN …

Keengganan penjual untuk member warranty mungkin berpunca daripada beberapa sebab iaitu :-

  1. keluaran tersebut adalah barangan curi .
  2. barangan atau keluaran kurang atau langsung tidak bermutu .
  3. barangan tersebut adalah tiruan .
  4. barangan tersebut diseludup dari negara-negara jiran .
  5. barangan tersebut telah diperbaiki semula dan dijual sebagai barangan baru .

KEPENTINGAN WARRANTY …

  1.      I.        Memudahkan pengguan membuat urusan apabila berlaku kerosakan barangan .
  2.    II.        Supaya keselamatan pengguna terjamin .
  3.  III.        Mengelakkan pengguna dari ditipu oleh syarikat yang hanya ingin mengaut keuntungan sahaja .
  4.  IV.        Supaya barangan yang dibeli oleh pengguna mempunyai keluaran yang sah .
  5.    V.        Barangan yang dikeluarkan mempunyai jaminan .
  6.  VI.        Menggagalkan pihak pengeluar atau syarikat yang cuba mengeluarkan barangan yang tidak berkualiti .

CONTOH-CONTOH WARRANTY :-

ROLEX WARRANTY . . .

CANON WARRANTY . . .

CASIO WARRANTY . . .

Leave a comment